Assalamualaikum, Hai Hai.. ππ
Okay, hari ini aku rajin nak update my so-called-"percutian" ke Melaka. Ada sebab kenapa aku semangat nak post entry kali ini sebab aku tak nak you guys experience the same (bad one) yang aku dah lalui sebab tak rajin google sebelum pergi.. haha
Let's begin.
Alkisahnya aku pergi total 3 orang, bawak mak, adik dan aku sendiri lah kan. So aku lah kepalanya.
Trip ni aku include kan sekali perbelanjaan supaya you guys kalau jenis kedekut macam aku sesuai la pergi. Kalau jenis suka makan luar, suka spent money on things and kaki shopping maybe a bit out lah budget you guys dengan aku okay?
*Bila nak begin dohhh??*
hahah sorry π
jom jom
Kami bergerak dari rumah naik Bus rapid tunggu depan rumah dalam 07:00 ke stesen Putra Heights. Guna TnG potong lah RM0.80 dari kad kau. 20 sen boleh jadi RM20 okay lama2. Aku memang jimat. haha
Dari stesen Putra Heights kami menghala ke BTS. Masa ni pergi musim bang Jib bagi discount LRT, MRT sebagainya discount 50%, so Jimat lagi. Aku tak ingat berapa cut dari TnG aku dari stesen PH-BTS.
Sampai di TBS, Kami beli tiket bas on the spot ke Melaka Sentral. Ada 2 choice abang tu bagi bas bertolak jam 08.30. Bus Metro RM10.40, Mayangsari RM11.40. kami ambil yang Mayangsari. Kau jangan tanya aku kenapa tak jimat kat sini. Sebab aku tengah blur masa abang tu cakap. Dalam kepala otak aku pun selalu dengar Mayangsari, sebab tu aku amik Mayangsari since aku concern dengan nyawa family aku. kahkah. guys, please don't get me wrong. Metro bus tak salah, cuma aku kurang dengar any bad or good news pasal bas tu. hahah. by the way, harga tu include insurance. which means kalau kau tak nak insurance kau boleh tolak so jadi lah RM11. Nak jimat sangat kan. ππ tapi aku amik okayyy insurance tu! ππ sementara tunggu gate buka tu boleh lah kau beli roti ke buat kunyah2 sarapan dalam bus. Aku seperti biasa tak beli apa, haha jimat. Perut aku memang jenis sanggup berlapar untuk jimat.
Perjalanan ambil masa 2 jam. Sampai Melaka Sentral dalam jam 10:30, turun bas ko nak pergi toilet pergi lah dulu sebab lepas ni kau akan naik bas lagi. kan tadi dah tahan 2 jam, tak elok tahan lama! Batu karang tak memasal engkoo. Kat Melaka sentral tu ada kedai jual barang macam2 la macam kat Pasar Seni. Aku nasihatkan kau buat tak tahu je dengan kewujudan kedai2 itu kalau kau sayang duit. Terus ke bahagian Domestik. Dalam ni kau akan blur tau, kami tawaf 2 kali nak cari tempat bas domestik; bus Panorama warna merah marroon tu.
 |
Ini lah bas Panorama Melaka yang aku maksudkan tu |
Serius tak tipu bagi aku ni, first time datang Melaka, datang Melaka Sentral, signboard dalam Melaka Sentral tu mengelirukan. Aku macam kena tipu dalam tu, tertipu dengan diri sendiri sebab tak faham arah yang dia tunjuk. Second round baru nampak this one lorong kecil yang membolehkan kau keluar dari bangunan Melaka Sentral dan nampak lah kau bas2 Panorama tu. Tekan
This link untuk tengok routes okay?
 |
Yes. No 17. Tunggu depan ni. Turun dekat Bangunan Merah. Tasyabarr kan?? |
Kau tunggu kat tempat sebijik macam aku bagi gambar atas ni, aku amik dari
website asal untuk you guys weyh, terharu tak? πBas sampai je kau naik bayar RM2 kat driver tu. Sampai je bangunan merah kau turun. Tak kenal bangunan merah? kau batalkan hasrat kau nak pergi Melaka sekarang juga! ππ
Tak sedar perjalanan dalam bas, sampai lah kau betul-betul hadapan bangunan merah atau lebih dikenali area Bangunan Stadthuys. Di situ kau boleh la put your shades on π dan bergambar dengan beca2 yang dihias lawa macam mem besar ni. ππ
 |
Beca hias. Price tak tahu sebab tak naik. |
 |
Panaih lit lit ππ |
Disebabkan masa kami sampai tu dah mostly 11:00-12:00 mcm tu, panas gila! Apa lagi, kami pun melintas depan bangunan merah tu, di situ letaknya penyejuk tekak hampa semua. Kami bungkus je 2 cawan buat minum sambil jalan (well, nak kejar masa kan, trip sehari je oii). Yang kami beli RM2.50 tak silap aku. Cendol ni, adik aku payung, sebab tu aku tak ingat harga π
Belakang kedai ni ada sungai, yang kalau kau search google or baca blog2 lain orang duk sebut-sebut Malacca Cruise tu, lalu sungai tu la. Plan asalnya memang kami nak naik, tapi disebabkan nasihat orang yang dah pergi Melaka, kami batalkan hasrat. Naik boat tu ambil masa dalam 45 minit. Waktu terbaik kau nak naik, better pergi waktu malam, at least kau boleh cuci mata dengan lampu-lampu lawa tapi kami pergi waktu siang, no lampu just bau hanyir air sungai je. So, no. and ada bayaran jugak since kami tak naik, aku tak tahu lah harga terkini, sorry for that.
 |
Sempat.. π |
Dekat area Bandar Hilir ni, kau just guna kaki je weyh, jalan-jalan sampai sana- sini. Grab car memang senang dapat kat sini. Tapi kami tak grab lagi kat area ni.
 |
Selekoh antara Jam besar ke arah area-area A'Famosa |
Sampai je point ni ada dua cabang. Nak ke kanan ke kiri. Dua-dua akan tembus tempat sama. Ikut suka kau nak pergi mana dulu. Macam kami, kami singgah jap depan mama aku menghadap tu π
Portuguese Fort tak silap aku. Lupa.
 |
Nampak seketul aku tak tu? π |
Setelah tu kami pergi ke arah kiri, menghala ke A'Famosa. Aku punya lah ingat A'Famosa ni jauh dari bangunan Stadthuys. Tak sedar kaki melangkah, tiba-tiba dah sampai. Sebab sebelum sampai A'Famosa tu, akan ada deretan muzium sepanjang kiri jalan tu. Boleh masuk and mostly free. Kami masuk Muzium Seni Bina sebab nak tumpang redup sat π
 |
Contoh replika yang ada dalam Muzium Seni Bina |
Jalan-jalan kau akan nampak Taman Merdeka belah kanan jalan yang sama kau lalu nak ke A'Famosa. Kat situ kau boleh sambung posing lagi. hahaha
Setelah itu, kami teruskan berjalan kaki ke Kota A'Famosa dan posing lagi πΈ
Betul-betulkanan aku berdiri sebelah pokok ni, ada mall. Sebelah mall tu ada Melaka Alive @
Pirate Adventure. Kami tak masuk pun. Saja aku nak mention. π. Dah masuk zohor, kami pun masuk mall sebelah Private Adventure tu; Dataran Pahlawan Melaka Megamall untuk cari surau. Kau tanya orang kalau tak jumpa sebab mall tu besar. Kami pun sesat π keluar mall tu betul-betul kami menghadap Mahkota Parade. Amaran untuk orang broke macam aku, kau jangan masuk situ, haha tu mcm JPO la ibaratnya. Kami tak pergi situ, sebaliknya terus dengan misi makan tengah hari iaitu di sini!
Kami makan kat restaurant Asam Pedas JR. nak pergi situ, hint dia kau akan nampak Pahlawan Walk Market, seberang jalan raya menghadap Menara Taming Sari. Makanan dia sumpah sedap gilossss. Menu kami nasi putih + telur masin, ikan kembung masak asam pedas kaww kaww ππ, kerang rebus, telur dadar. Bab nasi mama payung. Lauk aku kongsi dengan adik, aku bayar dalam RM8 mcm tu.
Dah kenyang kami ke Menara Taming Sari. Seberang je jalan tu. Harga dewasa with IC RM17 kau dapat masuk with 1 mineral water diberi. Naik ni la duit aku paling banyak spent terus. Kahkah. bye moneyyy π
 |
Posing dalam Menara Taming Sari |
Itulah antara views yang sempat capture, but better kau nikmati je sight kau RM17 tu.. hahaha since aku suka langit, aku tak menyesal duit aku dah terbang.. haha
Selesai turun, kami menggatal nak ke Klebang. Kan ramai cakap coconut shake original kat Klebang tu daebak! Kami pun naik grabcar dalam pukul 15:00-16:00H macam tu, kena dalam RM9 mcm tu. Kami letak location nak drop tu Pantai Klebang. Sekali off point dia kat tempat mana tah. so aku nasihatkan kau letak Dataran 1 Malaysia. Kat area tu ada pantai Klebang tu, dan ada food truck jual Coconut Shake Original tu, tak payah kau susah-susah nak pergi kedai dia (yang maybe dah tutup waktu kami sampai klebang)
 |
Nampak tak 1 Malaysia sebesar alam tu? |


Selesai enjoy the views kami solat Asar kat surau, then nak ambil grab. FYI, Klebang is a new developing area dalam Melaka. No bus, very very few taxi. So, we faced problem here π’π’π’ since Klebang bukan area mesra-public transport, kami mengharapkan grabcar. Hanya phone adik aku yang ada apps tu. phone dia pulak masalah battery tak boleh nak masuk. HP aku Lumia, lagi lah tak wujud apps Grab/Uber dalam store π cari grab sementara HP nyawa-nyawa ikan, TAK ADA. Aku ulang, TAK ADA. Kami jalan kaki lintas jalan raya besar sampai penat jalan, duduk tepi jalan depan Burger King. Alhamdulillah, ada hamba Allah tolong kami. Bayangkan kalau tak ada dia. Masak. Mula-mula dia offer hantar kat Jalan Besar yang ada bus lalu, sebab Melaka Sentral is 6km away and too far from his home. Kami okay je lah janji ada orang tolong bawak keluar dari area Klebang. (Masa tu dah tanam dalam hati, AKU BENCI KLEBANG FOREVER!!π£π£) Bila kami dah keluar kereta, tunggu kat bustop tu, lelaki tu tak sampai hati sebab tak nampak bus pun lalu, jemput kami naik balik kereta dan hantar terus ke Melaka Sentral (dan sepanjang perjalanan tu memang tak nampak satu bus pun!)
Drama tak habis di situ guys π’Sampai di Melaka Sentral jam 19:00H. Misi mencari tiket bus ke TBS. masuk je pintu, aprroach kaunter, HABIS. TBS or KL Sentral or even KLIA/KLIA2 HABIS. Approach next next next kaunter semua habis. Rupanya ada kaunter lagi bahagian belakang. tempat tu bulat. kira aku tanya half bulatan. Half bulatan yg first semua tiket ke KL/TBS habis sebab those kaunter menghadap laluan utama. Orang lalu, comfirm beli kat diorang. Yang aku emosi, kakak2 yang jaga kaunter, engkau bukan nak bagi tahu ada kaunter kat belakang. Dengan muka emo kau cakap tiket habis dengan fed up nya maybe sebab ramai sangat tanya. Ramai foreigner termasuk aku yang tempatan ni sangkut sebab memang tak tahu. Apa salahnya kau bagi tahu? rugi ke company kau kerja tu? padahal tiket kau dah habis maknanya company kau dah jual habis la. π€π€π‘
Sampai la aku terserempak pakcik jaga kaunter 1 ni, dia baru lepas solat, dia cakap pergi kaunter 24 dik. Yang aku pergi tu kaunter belas2. Barulah aku tahu ada kaunter dekat bahagian belakang. Dapat lah bus ke TBS terus gerak time aku beli tu RM10 seorang.
 |
Muka penat dalam LRT nak balik rumah π
π
|
Kesimpulannya, kalau nak berjalan kat Melaka without your own car, kau berjalanlah sekitar Bandar Hilir sahaja, kau tak akan kalut macam kami.. huhuu π
P/S: Kalau nak tengok perbelanjaan, elok la kau download apps yang boleh kau catit kat mana duit ko spent. Supaya kau boleh insaf setiap kali nak keluarkan duit lagi. Macam aku, phone Nokia, aku download Money Lover - Money Manager lambang π· hahah, bukan nak mencarut kat sini, tapi apps ni sungguh membantu aku bila aku travel π iTune, Playstore dan Microsoft Store semua boleh download. Contoh ada kat gambar bawah ni. kalau duit kat situ lain daripada yang aku mentioned before, tu maknanya aku ada payung sikit la family aku, kalau kurang tu depa payung aku pulak ππ
Sekian, Assalamualaikum :)