Welcome to My Blog.. :)

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENYAYANG.

p/s: aku tak alim macam address blog, ia hanya sebagai ingatan kepada diriku terhadap-Nya..

the words

Sometimes life doesn’t give you something you want, not because you don’t deserve it, but because you deserve more.

Monday, December 10, 2012

words cannot describe the feeling.

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah.

:')

why?
coz Allah loves me
always love me
protect me
save me

actually aku sangat sangat rasa bersyukur
sebab,
Allah uji aku semalam.
aku resah, tak tidur lena.
tetapi baru tadi.
Allah selamatkan aku dari kerisauan itu.
ALHAMDULILLAH..

semalam, around 2am
aku nak check web BBW tu,
sekali tiba2 tab ni stop functioning
and turned off.

*dushhhh*

dalam kepala aku..
"hoi,,, apa hal pulak ni.. ko jangan nak berhurau lak dengan aku pagi pagi buta ni"
"aduhh, mane button on? asal tak on on??"
"kay, tenang, maybe dengan charge ia, ia akan kembali bertenaga!"

*run to the charger*

"ohhh okay. I'm dead."

*telan air liur*

bangun je pagi, aku gi kat almari, just to make sure dengan penuh harapan menggunung tab akan sedarkan diri.

again, I'm dead. how to tell Kakty about this?
dushhhh.. tak sampai 2weeks dia hadiahkan untuk aku
and her warning.. aku masih ingat..

aku dah message Kakty, dengan panjang lebar
dengan harapan setinggi banjaran dia tidak meletop di telinga aku.
alhamdulillah. suaranya tenang.

"hari rabu ni aku gi sana, apa kau dah buat haaa dengan tab tu....."

hihihihi. again, I repeated the same sweet sentences that i have gave to her via sms.
she's cool.

and tadi, i tried to push the ON button a bit harder and longer.
and
 it's worked!!!

*joget-joget*

tapi aku still hantar msg kat kakty
suruh dia datang jugak sini
untuk bawa balik rumah tab ni
yess, ada hikmah
bila tab ni tidak ada lagi kat sino
mungkin aku tidak buang masa dan leka

Sesungguh-Nya perancangan Allah itu sangat hebat.
Dia tahu apa yang terbaik untukku
Alhamdulillah.

aaaaa..... gembira gila boleh takkk???
:D ♡♥♡♥♡

Saturday, December 8, 2012

mama Kakty and Timesquare ♥

first of all
assalamualaikum ! =)

secondly, i have to say sorry because
i want to jump to title 3

because
i am super excited and can't control myself
to wait and wait and wait until i finnish up the other title.
hihi *nampakla ketaksabaran budak ni*
(^-^)y

one day, i got 1 sms from Kakty
Kaky asked to come home because
she wanted to use her rm40 Sushi King voucher
so, she wanted me to join her!
*awesome sister*

a lot of serabut plans came out
well almaklumlah although its only take less half an hour to reach home,
i rarely going home,
dengan tutorials, lab report semua, mana nak campak en?
at last,
i said,
"Why dont you come to here? hihi
bawa mama sekali, makan sushi kat sini,
plus, kat Berjaya Times Square is having big sale!
kan akhir tahun??"
i convinced her.
and

it's worked!!
I DID IT !! :D lol

on saturday, 1 Dec 2012
i had hari jogathon for pasum,
lari punya lari punya semput punya pancit
sempat snap kejap gambar iihhihi

then
tak cukup dengan tu
i straight away tahan teksi went to stesen University
alone. hebat. haha


at the same time
mama and kakty on they way to stesen bukit jalil,


do you guys remember,
on that day
HARIMAU MALAYA akan membaham Garuda?
yess, ada bola.
so you can predict how's the crowd looked like
"fiuuuhhhh"

then smpai ke lrt hang tuah.
after half an hour,
mama and kakty reached that station
we met and mama looked very Malaysian
as she wearing baju like penyokong Harimau Malaya.
haha. comel mama

then we took that kontot monorel to station Imbi
perghhh, 
dia punya sesak wa cakap luuu...
apa-apa hal lepas kan mama dulu okay,
berhimpit dengan bermacam-macam orang
bermacam-macam bau warna dan rasa.
okay, cut that nonsense!

then, we finally arrived to
BERJAYA TIMES SQUARE.,!

sebaik tiba je, we went to 7th floor to perform solah zuhr
then, we were like crazy people saw giant trees
and apa lagi
hold the time please.... *bitch style*
that giant tree!

kakty and mama

ladies and strangers

dont stare at my hands! the real are not like that!

i want that big cane candy

then
lapar lapar lapar
we went to Sushi King and makan sepuas-puasnya
hahaha

kakty stole my piri piri chicken!


kami makan Ika Curry, 3hand rolls, and Piri-piri chicken
sedap!

 disebabkan mama tak makan sangat kat sushi king
then we dropped by at Kfc to buy nasi with ayam for mama
dah asar tu we all pon nak balik dah,
punya lah rushed nak balik coz we dont want to bertembung dgn penyokong bola
sure sesak punya! 
but then i realised that i forgot something!
bag!
hahha. aku memang berhasrat nak beli bag
murah kot kat situ.
then aku heret Kakty and mama cari kedai bag tu.
and i found it!
huhu.
then Kakty ckp,
"haa, cepat, ambil satu and bla!"
woohooo...
i ♥ kakty so much!
immediately i grabbed this one bag
and go to the counter and
kakty paid. haha. best.
rm18 je pon =)

comel kan?? *syoksendiri*

then we bla to bukit jalil
sesak gila,
dengan bunyi hon bola tu
bingit telinga
btw
takut aku tengok muka penyokong tegar indonesia
seram!
however,
this day was pretty much awesome with two great persons
thanks MAMA and Kakty!

 ♡♥♡♥♡


Wednesday, December 5, 2012

pasrah or menyerah

yee...naku ingat lagi.
dalam movie melayu.. tak ingat tajuk ape..
pasal pasrah atau menyerah..
ade perbezaannya..
eh. silap.it's actually between reda dan pasrah.
and why I'm saying about this?

yee, beberapa kali aku rasa menyesal dengan perbuatan aku
menyesal kenapa aku pilih apa yang telah aku pilih.
dan banyak kali juga aku memujuk diri aku supaya tabah
dan reda dengan apa yang telah berlaku.
tapi lama-lama aku sedar,
aku bukan reda, tapi pasrah ; menyerah
dengan semua yang telah ditetapkan.
kerana
Allah tahu apa yang terbaik untuk aku
untuk orang disekeliling aku.

hidup aku dari dulu hingga sekarang hanya untuk
mama and ayah.
ayah penat kerja.. walaupun umur telah mencecah
setengah abad..ayah masih kuat bekerja
demi isterinya,
demi anak-anaknya,
supaya kami senang.
supaya kami mampu miliki apa yang kami punyai setakat hari ini.

*mood tak stabil*

aku selalu marah,
bila mereka memuji aku,
mengharapkan dan yakin aku dapat melakukan yang terbaik
tapi hanya aku yang melalui,
dan Allah memahami.

bukan aku benci pujian mereka,
cume merasakan pujian itu tak layak,
bahkan bila kita tak dapat perform dengan baik,
pasti kita merasakan pujian itu
seperti satu kata perli
walaupun kita tahu orang yang memuji itu ikhlas
dan tidak ada niat sedikit pun hendak mengecilkan hati kita.

aku merasakan aku tidak sepandai dahulu
memang pon.
aku sedih.
aku takut orang orang yang aku sayang masih ingat aku pandai.
aku takut mereka tunggu pencapaian yang Wow dari aku.
aku mintak maaf.

please treats me like a normal person,
i'm not the old me.
by the way, please wish me luck!
for my survival in Asasi
just another 5 months..

btw, i hate this place THIS much!

Tuesday, December 4, 2012

akhirnya...!!!!

hai hai hai..!
ohh ya Allah. I am super super super excited gila nak update this usang gila blog. Haha.
baru ada chance. ada chance?? haaa.. apakah?
a lot of thingshad happened...
a lot of stories need to be shared...
and i do not know how start! HAHAHA

kene buat series story ni. huhu.
lets us begin with the titles.

1. pasrah or menyerah?
2. pasumians life
3. mama kakty dan timesquare
4. the awesome Kakty and SPM reward

setakat ni tu je la eh. nanti i update. huwauuwa ;)

Sunday, May 20, 2012

Get Ready

dah lama gila tak update,
lagi pon takda benda nak tulis..
27hb Mei 2012.
Can't wait to see you :)

Tuesday, May 8, 2012

hikmah

kan dah kata.. jangan nak berguling sangat bila tak dpt KM Selangor tu, sebab Allah dah plan yg baekkk punya untuk setiap hamba-Nya kann??

yee, memang aku berjaya tak dpt kat Bangi tu,
mula2 mmg agak bengang
but then, aku dah terima hakikat and reda je lah
if kene pergi Gopeng and hadap lagi muka2 orang lama, huhu

tapi, Allah bagi AKU and Family aku *especially Ayah ;)
dapat lagi dekat ^-^
Universiti Malaya
yeahhh!

Saturday, April 28, 2012

the last meeting. KOT?

Hari Anugerah Kualiti 2012


The Beautiful Girls :')


I am sure I will always miss you guys :'(


1. Pencapaian Cemerlang SPM 2011
2. Penghormatan Pengetua (Akademik)
3. Penghormatan Sahabat : Nor Ain Hanafi ( thanks,friend..! )

Friday, April 27, 2012

kamu comel lahh :)

Hey. guys !
baru aku tahu najwa latiff ni secomel ni :)
suka pulak kat Najwa ni..



awesome :P



Comel Comel Comel 
:)

Wednesday, April 25, 2012

Bersyukur lah :')

okay.
firstly, kene padam about me tu
yang aku tulis dgn harapan tinggi supaya
aku diterima di KM selangor.
mmg putus harapan aku bila check pukul 12.50am tadi..
Perak??
kenapa Perak?
padahal aku pilih Selangor, Melaka, Negeri Sembilan.
then semua orang batch aku pakat dok update status kat mana dorang dapat
emm..perlahan je aku hembus nafas
ramai classmate aku dapat kat perak
setakat ni yg aku tahu sorang je classmate aku dapat kat selangor
Untung lah derrr~
seriously aku jealous.
WHY??
emm, no one knows except Allah s.w.t
Well, chill up mun.
bukan penting sangat pon weyhh.
tempat belajar je pon..
mane yg kau tak nak hadap tu, kau ignore je
bukan susah kann??
HOPE so.
setelah bertenang..
Alhamdulillah aku dapat kat Perak.
tak jauh mana pon mun..
cuba kalau ko check then dapat kat tempat yg lagi haremmm kau nak gi?
macam Perlis?
Johor?
Kelantan?
Terengganu?
lagi kau nangis tak berlagu nanti.

Thank You, Allah s.w.t
 :'(

adakah aku ini ...?

I am such a burdensome right?
:'(
Maaf..
mama..
ayah..
kawan-kawan..

Monday, April 23, 2012

KeMaTiaN YaNg PaSTi

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


3. Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.


4. Tanda 3 hari

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.


6. Tanda akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

HEBAT... Hey !

aduhhh.. kelakar ah :)
kawan, kawan..
aku tahu niat kau baik,
Tapi
kau tak rasa salah pilih orang ke?
in a nutshell,
Sabtu itu,
aku klasifikasi kan sebagai
HEBAT Hey ! HEBAT Hey !
sebab itu je yang aku dengar.
Kalau kau cakap awal2 kan senang,
tak de la membazir minyak kereta kau,
tak de la membazir tenaga abang kau bawa kereta,
tak de la sakit pinggang aku selama 5 jam kat situ,
Well, don't worry..
coz u always be my friend :)
nasib lah, kau tak penah catat record yang buruk dalam hidup aku before ni..
Kalau tak,,,
HUH. Dah kena Hadap muka aku yang tahap bengis..

Friday, April 20, 2012

Autobiografi

Apa salah aku?
Aku tahu dah aku buruk.
tapi kau tak ingat ke?
masa kau dapat duit dari tempat keje ayah kau
as a reward kau cemerlang UPSR
kau datang kat kedai tuan aku kan?
kau sanggup beli aku dengan RM400
mahal tu !
sebab aku baru released on that time..

tapi sekarang..
kau banding2 kan aku dengan Si Bedebah tu !
kau lupa kan aku !
aku tahu lah aku tak se-smart Dia tu..
aku tahu lah aku tak se-hot Dia tu..
aku tahu lah aku tak byk button kat badan mcm Dia tu..

tapi aku tak kurang hebat jugak kan?
Nak bukti???

Nampak? aku kurus berbanding Si Lebar tu  !

Nampak? aku ada camera jugak ! *walaupun tak boleh zoom
Nampak? aku boleh connect internet jugak lah ! *WiFi je takde

emmm..
touching ar macam ni..
lebih2 lagi bila kau suruh aku posing dengan Dia?
Yaww..
kau tahu tak aku rasa down gila time tu..
Kecik hati aku kau tahu tak?
nampak sangat kekurangan aku dari segi fizikal
bila kau suruh aku posing betol2 sebelah Dia..

Emm.. ye lahhh.. Kau terus kan lah compare2 kan aku dengan Si  Badan Lebar tu !
tapi tak apa.
kau jangan risau
aku tahu bahawa memang hakikat
Setiap yang Hadir pasti akan Pergi jua..
aku gembira sebab kau sentiasa hargai aku
setelah aku berkhidmat selama 6tahun dengan kau
walaupun dalam 6 tahun tu
aku banyak kali sakit kan hati kau
sending failed lahh
bila kau dah tulis panjang2 aku tetiba matikan diri pulak
perut bateri aku kembung lahh
bila orang call, aku tiba2 tak kua kan suara pulak
mungkin aku sudah tua..

aku maaf kan kau wahai Tuanku yang setia !
sebab
Dia salah seorang ahli family aku jugak : Nokia
Harga diri Pengganti aku tu lagi rendah dari aku
Si Dia tu pon sama mcm aku tak ada front camera !
haha. at least ada persamaan jugak !
Jangan Lupakan Aku yee :)

HAHAHHAHAHAHHAHAHHA 
: D

Monday, April 16, 2012

reminder



Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI, Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu:



Pertama ~> Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.



Kedua ~> Kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya.



*copy and paste :)

JODOH - USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"





Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ianya masih hidup.


Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..!!








* copy and paste :)

Saturday, April 14, 2012

gathering with Sifu !

nak cerita nih hehe
hari ni kan ada reunion budak2 dapat A in addmaths dgn Puan Siow
aku pon dgn bersemangat BERTEKAD to be punctual
almaklumlah...aku ni.. hadoii :P

pagi ni aku bangun kul 9.30am
then terus gi mandi,
adik2 aku perghhh semua tengah sedap tido
jeles tol aku kikikiki

dalam kul 10.10am aku dah siap dah
then aku gi lah kat almari depan
aku tengokkkk
haiihhhh hangin aku
kunci motor tarakkkkk????
okay. chill cooolll
padahal kepala aku dah berasap dah tuu

aku selongkar satu rumah,
bawah kerusi, kusyen semua aku tonggang terbalik kann
mmg dah berpeluh2 dah badan aku yang baru 5 minit tadi wangi *lah sangat

tetiba aku teringat
EHHH..! kan ade kunci spare yang Ayah selalu pakai?
haha. aku pon selonggkar lah
yeahhh! got it. SYUKUR !
then sepantas kilat gi kat moto
kunci motor tu betol
TAPI
*dan dan waktu aku nak cepat lah lahh ade tapi2 pulak =__=
aku lupa Ayah dah tukar lock kunci depan kat tayar moto tu
haihhh SERAMBUT lah derrr

aku lari lagii, naik balik rumah
kali ni dah takda sopan dahh
memang angin puting beliung nak melanda rumah aku
semua frame kat almari depan tu dah tertonggeng-tonggeng
haha. lantak lah, yang penting, aku nak cepat !
aku call Mama
"Ma, mana kunci motor???"
"Ada lahh atas almari depan tuhhh.."
errr.. menyirap.
call Kakyee pulak
dushhh tak dapat
mana tahu dia terbawa kunci motor aku kat tempat kerja dia?
make sense right?? boleh lar~
engaged -______-
aku tak kira!
call klinik dia pulak ahhh
"Kakyee?ko amik kunci moto aku ke?" *dah menyirap nih!
:ohhh, ada kat ayah, ayah pengang."

zapppp! kejar Ayah pulak..
Ayah tadi tengah mesin rumput
tapi now kat mana pulak?
puas aku tawaf satu rumah aku..
then aku pon pergi kat bukit belakang
Ayah! Ayah!
okay, aku sopan sangat.
bunyi mesin rumput ni memang HEBAT lahhhh! err

AKHIRNYA !!
dapat jugak,
then broom brrooommm..
Sampaii :)

yeahhh, aku berjaya sampai before pukul 11 am
ajaib. haha. Ana sampai sama dengan aku. 
Cun.

then, si Ain ni boleh lak tergedek2 lambat
haha. aku lagi awal dari ain seyyhh
bangga.

Makannnnnn!
perghhh memang kenyang, naik senak perot aku makan sekali gus macam tuh
alhamdulillahh, habis jugak walaupun tak selicin selalu

thanks a lot Teacher :)


Thursday, April 12, 2012

wee weee weee :)

firstly, what u need to do is,
ignore the teeettt title,
tak ada kena-mengena pon okaayyy!

dah lama gila tak update apa2 kat sini
fuhh ini semua sebab kan kakak aku yang sangat lahh,,, haihhh MALAS nak cakap =__=
dia tak bagi aku on9 malam2.. alasan?
laptop dia nanti panas,
FINE. aku sedar,, this laptop is yours!
on9 sampai pukul 12am je? kadang2 kul 10.30pm je?
that's totally not me ! geram nya aku.

tengokk? marah punya pasal,, ape aku nak tulis pon aku tak tahu.
okay2 pikir balik, slow2..

hah! berhenti kerja.
okay aku kan dah jadi penganggur ni :)
pergghh mula2 nikmat seyh bangun lambat
but noww bosan tahap BOOOMMMMM..!
haha.
duit dalam bank pon tak berapa meletop,,
rupa nya boros jugak aku nih =______=  hihihi

hah! pasal tempat keje jugak,
hari selasa hari tu, aku and mama pergi lah tempat keje aku
nak beli album yang sangat cantik dan berpatutan harganya
nampak lori FZZ parking kat depan kedai,
adussshhh! ni mesti ade Abang Botak,
adoii malu lahhh :P
then masuk..
haihh?
siapa tukang hantar barang stock ni?
dua2 tu aku tak kenal pon.
then tanya2 Kak Ida,,,
oooo Abang Sham..
haha. agak nak gelak..
Orang pangkat tinggi kena hantar stock?
dah tak ramai pekerja lettuuuwww..
kikikiki :P

next, puan siow :)
puan siow cikgu addmaths,
merangkap teacher yang aku sangat sayang and paling comel
nak belanja makan :P
kan dia dah promise dah belanja anak murid dia yg berjaya dapat
A in SPM for addmaths,
never care lah what kind of A it is,
A- ke A ke A+ keee
janji A :)
yeayyy, sabtu ni yeee, KFC :)

kak Nurin :(
sedih pulak aku..
aku dah agak dah ada yang tak kena dgn kak Nurin nih
lately dia banyak kali msg aku,
tapi lepas 2 3 kali reply mesti dia tetiba tak reply
semalam aku call dia
dia tak cakap apa2 pon yang dia ade masalah ke,
tapi sbb kan aku dengar suara dia yang tak seHAPPY selalu aku msg dia
aku dapat rasa kan dia sedih
ehm! memang pon!
last2 dia cerita jugak..
kesian kak Nurin
tapi, aku hanya mampu mendengar and beri nasihat yang bagi aku simple je
sebab aku memang tak tahu nak bagi orang yang tengah sedih, happy balik
hadoii, aku nii... memang lahhh
bab ni tak terrell langsung!

Ya Allah, Kau ampunilah dosa hamba2-Mu ini,
Kau berilah kami kekuatan
untuk kami hadapi segala dugaan yang Kau berikan,
Aminn.. ;(


Friday, March 30, 2012

hamba Allah bergelar Pakcik

Kepada Pakcik..
tak tahu kenapa..
kata-kata Pakcik kat kedai tadi..
membuatkan saya nak kenal lagi..
nak dengar lagi tentang pengalaman Pakcik..
Saya tak selalu menceritakan hal pelajaran, keluarga dan latar belakang saya dekat orang lain..
tapi kenapa
dengan Pakcik saya rasa seperti dah lama kenal?
siapa Pakcik?
Pakcik mesti orang yang berjaya kan?
Pakcik mesti orang yang sangat bermakna kepada anak2 Pakcik kan?
sebab berusaha mendapatkan pelajaran yang tertinggi untuk anak2 Pakcik..

Cepat berhenti eh, Cepat berhenti kerja, buang masa je kat sini..
satu je cara orang Melayu ni nak keluar dari kemiskinan, iaitu pelajaran. ingat eh?
tak nak study luar negara ke? pergi lahh. Sayang lah result bagus..
pandai cakap bi? okay? how's okay your ''okay''? :)
ishh, sayang lahh. Kalau kamu anak Pakcikk..
okayy, all the best yee..


thanks Pakcik.
Pakcik, jadi ayah angkat saya jomm!
hahha. :D
semoga saya berjumpa dengan Pakcik lagi
pada masa akan datang..
setelah saya berjaya..
setelah saya pakai Mini Cooper ke.. HAHA
aminnn :)

Thursday, March 29, 2012

life must ALWAYS go on, dude !

Masing-masing membawa haluan sendiri..
ye lahh, kata dah habis sekolah,
mesti lah MATANG kan.

Aku je yang sengal bebal.
Okay. STOP merepek munn. Aku sepak kau kang.

Esok last day aku kerja,
plan nak buat banyak benda esok :)

  1. print gambar *staff price murah SIKIT
  2. tangkap gambar passport *boleh snap banyak kali sampai puas hati
  3. bawa balik make-up kak nurin *pemberian orang kena hargai
  4. bawa balik telekung, sejadah
  5. nak amik balik duit cover short *tapi tipis rasanya peluang nak amik balik ;(
  6. nak mop lantai *buat kali terakhir biarlah berkhidmat SIKIT
okay sudah la tuhhh :)

tadi
before pergi kerja aku datang sekolah tercinta
nak amik sijil2 yang pengetua sign and sah kan,
classmate aku teman kan,
nasib dia ada, tak lah segan aku nak jumpa cikgu,
aku cakap '' 5minit before pukul 9am aku sampai'' . haha
Seperti biasa. Aku agak kurang punctual. 
Aku sampai 5minit SELEPAS pukul 9am.

Dah gi jumpa kerani,
Settle semua tu, gi jalan2 kat lorong yang dok tampal gambar pelajar cemerlang,
Motif? sbb classmate aku sembang cakap gambar aku ada kat situ
Last2 pergi tengok takdak ponn! haha. Perasan. Sekolah tak update lagi. hehe

aku pun call lah cikgu Fatimah,
then nasib baik dia takdak class time tu
kami pun pergi lah naik bilik guru jumpa cikgu
aku tengok
cikgu makin cantik lah, putih berseri
makin kurus, cun meletop wow ! :)
borak dengan cikgu..
terubat rindu dengan cikgu fatimah
Dia nasihat kan aku pasal sambung belajar
Pasal masa depan ni, awak jangan ikut kawan2. Kalau nak ikot kawan2 tu setakat form5 je lah.
 Betol tu cikgu. Banyak yang aku dapat walaupun sembang dengan cikgu dalam masa 15minit je.
THANKS cikgu. RASAnya saya dah buat keputusan. Thanks a lot. iLOVEu.


Monday, March 26, 2012

cepat cepat !

haha.  title nak urgent je !
okay.. SPM dah keluar.. saya punyeeee...
weee~  ALHAMDULILLAH ;)
kawan-kawan saya pon tak kurang hebat nya,
so congratulation yee all batch 94 !



okayy,, anda jealous ngn SPM saya?
hurmm, simpan je hasrat anda nk jealous2 bagai tu.
sbb saya percaya,, walau mcm mana pon result yg korang dapat..
tak kira lah hebat ke terok ke..
jgn bangga and sedih sgt.
ape yg patot korang and aku buat adalah
berSYUKUR dan berusaha lagi !

kerana apa yang terjadi telah ditentukan,
pasti ada sebab bagi pertanyaan ini :
kenapa result dorang macam tu?
kenapa result aku macam ni?
tak payah nak FRUST or BANGGA sgt,

sebab..

korang dah nampak ke future korang mcm mana?
kalau tak nampak tuu,,
elok lah tu,,
aku pon tak nampak jugak,
jadi, MARI MARI
kita teros kan perjuangan di bumi ini
insya-Allah
hee~  ;)


Sunday, March 18, 2012

keep thinking, hoping

tadi dalam pukul 3pm, aku dengan kak Fiey jalan nak balik ke kedai lepas beli makanan kat Sate.
suddenly, ade van putih berhenti sebelah aku, driver van tu tegur
"hai, tegang je muka" suara lelaki.
aku pon berhenti. pandang.
''eh ! kak dayah.. !! " senyum besar aku. tak tahu kenapa.
aku gi kat kak dayah salam dia. ada Yaa dlm van tu. comel.
then, ade someone hon, sbb van abg Nuar blok jalan tu. aku pon balik kat kedai.
kat kedai, Kak Dayah borak dengan aku.
muka dia sangat baik je dengan aku.
tak marah langsung.
maybe dia tak tahu, aku lah sebahagian besar penyebab dia...
err
aku bersalah tengok muka dia lahh.   ;(

let's change the topic !
RESULT SPM.. !!
wow bro~ hahahaha
tak sabar~
dah la aku tak pernah dapat hint langsung
even dlm mimpi pon
tak pernah mimpi pon
HOPE lah baik-baik belaka. hehe
:)

Sunday, March 11, 2012

Hipokrit

what's that?
who's that?

PLEASE KEEP IN MIND

BAD doesn't mean JAHAT
NICE doesn't mean BAIK

but 

HYPOCRITE always mean HIPOKRIT

Oh Allah, Please help me.

yummy :P

home made pizza :)

Thursday, March 1, 2012

sunyi

mood : RINDU kak Nurin sangat sangat saaannngggaaaaatttttttttt...!
kak Nurin yang comel, cantik, putih, baik, ramah. berani menegur SESIAPA sahaja, gila-gila, memahami, jujur sesangat, slumber, rock habess, kuat makan, kuat menyakat, kuat marah tunang dia yang COOL :)

Friday, February 24, 2012

. . . .

reunion..
:(
i haven't felt frustrated as how i feel now..
lebih sakit rasa nya berbanding tak dapat jawab soalan addmaths..


chocolate cake yang akhirnya menjadi


untuk kamu  <3

;(

Monday, February 20, 2012

Pemergian..

AL FATIHAH buat arwah Wak Man..
abang sulung kepada Ayah ku..
semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya..
Aamiiin...

Tuesday, February 14, 2012

latest news !

okayy.. kali ni tak nak tulis panjang2 dah.. walaupon  nak...
sebab apa? penat lah. nak tido dah ni. OKAYY.. cepat CEPAT !

1. Fai jugak dapat fon call untuk body treatment tu seyhh ! tapi dia tak dapat offer for 2 other persons lah pulak.. dushh

2. Ain amik test bukit esok. so i'm wishing you goodluck babe ! ;) aamiinn..

3. Baju yang for the first time aku beli online telah selamat berlandas kat rumah aku. Mama yang sambut dan sign autograph kat postman tu. hehe sebab on that time aku kat tempat kerja. I'm satiesfied dengan baju yang aku ordered tu :)
*ni yang jadi pembakar semangat nak beli online ni. wakaka xP

Sunday, February 12, 2012

Lucky, yeahh! :D

Lucky <---  teringat aku karangan yang aku and group aku karang utk teacher Bi. haha
anyway, kali ni bukan aku nak cakap pasal karangan tu... Tapi..
aku nak cakap pasal.. JengJengJeng...!

''AKU YANG BERTUAH''   xP

apa yang bertuah sangat tu haa?
okayy.. cerita nya gini..
one day ni kat tempat kje en..
aku nampak Fai pegang something yang pelik
kat tangan dia..
dia cepat2 nak masuk kan benda tu dlm beg dia..
aku tanya lah benda alah ape tu..
dia ckp dapat free eye pad dari amoi kat tgh jalan..
then aku pon jeles lah !
siap nak marah ni,
ye lah, syok tu dapat free,
aku nak jugak..!

then aku and Fai pon kua la nak beli makanan for lunch..
THEN... hehehe
jumpa amoi yang bagi eye pad free tu..
benda tu mcm lucky draw gitu lah..
isi suma maklumat..

and

PAGI TADI AKU DAPAT FON CALL, babe...!
dari company tu.. hahahaha
gila happy, jerit2 aku
lompat2,, yaww... mmg tak sabar gila dooee !

aku dapat special body treatment yang free and goody bag
and yang paling best and buat aku tak berhenti
senyum sampai ke telinga bila orang office tu ckp
'' nanti you boleh bawa 2 orang untuk body treatment tu yee ''
YA ALLAH..!
seriously aku HAPPY GILA..

siapakah gerangan ''2 orang'' yang bertuah itu?
nanti aku update yee :))

.: alhamdulillah :.

Thursday, February 9, 2012

sahabat :)

nama dia Ana..
siapa dia ni?
special sangat ke dia?
nape nak ckp pasal dia?

Persoalan pertama.
Ana ni kawan dari sekolah rendah lagi..
tapi aku tak penah rapat pon dengan dia masa sekolah rendah..
bila dah masuk secondary school baru kamceng gitu.. hiihhiii ;)
tapi tu pon bila masuk form4 and form5..
tapi form5 lah paling bererti kawan dgn Ana..
asyik berkepit je aku, ain, ana and needa :)

Persoalan kedua.
eh! Special lah..!
sebab dia ni kan..
haihh xtahu la nak describe in a word..
dia cantik, dia comel, dia pandai, dia alim, dia sopan but kadang2 gila2 jugak !
bagi aku..she's almost perfect.. yeaahhh!

Persoalan ketiga.
bila dah habis sekolah ni kan..
dialah orang yang sudi melayan karenah aku yang macam hape tah
time tengah malam buta..
on skype, webcam dgn ana sampai pukul 1pagi..
hahaha :D
dlm skype, Ana je lah tahu perangai aku macam ne..hehehehe
aku hargai and harap dapat ramai sahabat2 yang macam Ana..
sejuk perott mak..! hahaaha*tetibe je

#kalau Ana baca post ni, please jgn sengih yee.. gelak je dibenarkan :)

Tuesday, February 7, 2012

Alhamdulillah :)

KENYANG !
hahha :D akhirnya tercapai juga hasrat aku belanja my family atas gaji aku.. hehe
ni pon sebenarnya dah lambat.. tapi asalkan tertunai juga hasrat and cita2 tu kan? :P
aku ingat lagi masa aku belom diterima kerja but dah apply kat Giant..
''aku dapat gaji pertama, aku belanja korang makan..''
perghh.. masa tu mata siblings aku dah bersinar2 dah. but then aku tambah
''tapi aku belanja choki2 yang ada milk and coklat tu dulu eh? semua total 5 orang kan. so aku beli yang packet eh?'' hahahaha. Muka nak bagi kaki je kat aku. BELANJA CHOKI2 JE???
itulah aku.

bila dapat first gaji kat kedai gambar tu aku tak belanja pon dorang makan. even those Choki2 yang aku ckp haritu. then Kakye cakap '' haii..ari tu cakap first gaji nak belanja Choki2 lah..habuk tarakk..''

but TODAY...! walaupon bukan first gaji... aku tetapkan tunai kan promise aku tu..
hahhaha aku belanja family aku KFC... nyum2 hheheh
beli Family Combo yang ade 12 ketol tu... 5 kentang large.. 5 sayur large... hehehhehe
terSADAI bebb...! :)

puass dapat belanja family makan..
rasa happy je tengok dorang makan..
lebih berkat gaji tu ek?
hehehehehe

Monday, February 6, 2012

Four of us (:

haii :)
dah masuk bulan dua dah. YEAHH..
why yeahh? haha saja ja.. maybe happy sebab masa semakin pantas berlalu..
dan aku tak sabar nak berhenti kerja.. hahha *mood sengal mai dahh

okayy nak bercerita ni
ready eh?
one two go!

today, SUNDAY : 5 FEB 2012
kenapa dengan tarikh tu? hari ni Maulidur Rasul. FIRST TIME tempat kerja bagi cuti.
rasa nya? *memang nikmat :)
aku bangun dalam pukul 9.15am.. memang aku dah set jam fon..
sbb aku ade DATE lah kononnya dgn bestfriend, Ana pukul 11am..
and so?? asal ko bangun awal sangat??
well, itu lah aku.. lembab nak bersiap. haha peace >.<
ye lah.. nak cuci muka lagi..
nak berus gigi lagi..
nak wangi kan rambut guna dove lagi..
nak mandi lagi...
nak buang ehem ehem lagi.. :D
nak bersiap tu haiihhh..memang tak cukup for one and a half hour okayy !
hasil nya? the SIMPLE me jugakk.. hahaha

pukul 11.05am aku sampai kat McD projek.
eh silap. *nama baru = McD SHELL :P
first time masuk tuh. hah! tak pandang kiri kanan dah.
tu mmg stail aku.. hahaha PENAKUT lah katakan.. :)

then after that miss Ana datang..
fuhh.. makin cantik lah ana ni.. sweet jee
kalu aku ada abang.. haihh dah buat bini dah budak ni ! hahaha perfect!
lepas ana duduk depan aku  tak sampai 5minutes, kitorang gi kaunter..
then ada pulak budak kecik tetiba tegur..
''assalamualaikum...''
sekali pusing.. haihh.. ingat kan sape lah..
miss Needa pulak muncul.. :)
si Comel dari Penang mai dah..
then we all pon order benda yg tah pape tah..
hahahaha. aku belanja :P
jumlah nya :
RM 26.++ *tak ingat
murah je.. baik betol kawan aku ni
diet habesssssssssssss.......!

dah borak2 tu.. tetiba aku dgr mcm ada vibration and mcm sound yg pelik je
then aku pon buat muka
then ''eh! handphone aku ke??''
hahaha. sengal. ringtone sendiri pon tak cam. >.<
Miss Ain call..
''mun, ko ngan needa gi uma syafiqah sekarang eh. sbb mak dia nak keluar ar jap agi.
ana ada situ en. nanti 8minit agi aku sampai amik dorang''
haiihh budak ni. bagi aku tercekek je =.=
ye lahh.. makan apple pie tak sampai half pon dah kene bungkus semua..
selamat la ko kawan aku Ain.. kalau takkk...
adusshhhhh..malas la nak ckp. xP

then sampai lah kami berempat kat uma syafiqah..
cehh..first time gi tempah baju ni
*banyak betol FIRST TIME dlm hidop aku. :P
ye lah,, before ni just hantar kat Cik Nab baju contoh then
jengjengjeng Dah Siap..! haha
ni tak.. siap ukur badan bagai..
ni semua semata-mata
nak jadi DAYANG untuk event nikah cousin Miss Ain..
mesti best Kkkkaaaaannnnnnnnnn..... :)

lepas tu we all back to McD tu balek
but ain back to her own destination..
babaii Ainn.. ! ahaha
then lepas Miss Ana balek..
Miss Needa balek..
aku pon ape lagi..
Choowwwwwww la bro..! :)

tah pape lah aku ni..
tu pon nak cerita. hahaha lantak aku lahh derr -.-
but at least esok kat tempat kerja,
bila Kak Nurin tanye
''munn, gi mana semalam..?''
and tak da lah aku jawab jawapan yang dorang dah hafal.. -.-
''dok uma jeeeeeee..''
>.<
ngee~

Sunday, January 29, 2012

BEST EVER DAY..! thank you Allah and all of you :)

   28 january 2012.. HAHA :D tak sangka seBEST gini :P
hari bermula dengan ber-skyping dengan best friends ku - ana and ain :P
buat group kat skype ingat kan boleh wat video call ramai2 en.. but then baru tahu kat group boleh call je?? hek elehh~ xsyok la cam tu..

   on skype webcam dengan ana, ain and kak ty..huhuhu gilir2.. kakty bagi present yang dia nyorok kan bawah katil.. aku semangat pegi cari bila dia send msg kat skype
"hadiah ada dlm bilik bwh katil".. huhu hebat. aku tgk plastik besau, ingat kan beg, heran gak aku ape ke hal pulak kakak kesayangan aku nk bagi beg en.. bukan aku nk gi sekolah lagi dah.. then dah pasang2 benda alah tu,, rupanya Hexagon Box.. chantekk :P its look like a VERY NICE tong sampah. hahahahha

   balik je keje on 27hb tu teros on9 then masak kek coklat kukus yang YUMMY- kata ain la~~ sampai kul 1.30am baru tido.. haha hebat mata aku ni. alhamdulillah :P

   pagi 28 january 2012.. bangun je then siap2 dah nk gi keje aku tayang kat my dearest mama box yang kakty bagi. tak tahu nape aku suka pelok box tu. sbb besar. hahaha then mama pon bagi keronsang.. huhu baik betol. ngee~~

   then gi kje cam biasa but most of the day kat tempat keje muka aku masam je sebab dan2 sakit perot lak. heehe.
   yang syok nyee.. time balik tu aku dah siap2 dah packing bekas makanan and dah pakai jacket nak balek lah en sebab dah kul 9pm.. tetiba kak nurin and kak dayah keluar dari bilik nyanyi lagu "happy birthday" sambil pegang kek yang siap ada lilin lagi tu ! special betol :P hahahaha belanja makan satay yang mahal nak mampus pulak tu.. YA ALLAH memang tak terkata aku. segan pulak di-treat like a special one hehheheh :P MALU
  then makan tak habis kene bawa balek kek tu.. dah la aku order cream puff kat ayuz 50 ketol.! then balik rumah mama suruh potong cake ayah beli.. em em~ memang larat. then layan je la.. potong! hahaha makan nye tidak. time rezeki melimpah ruah ni pulak ayah pi beli cake saiz extra large than yang ayah selalu beli..
huuhhh~ =.='' penat nak abiskan ni


   then kak ye pulak balik dari klinik.. bagi beli 3 cake king. naseb baik beli yang slice. kalau tak...... memang aku xtau sape yang nak makan.. ehhehehe sedap.. cake ice-cream.. i like doo! then makan nasi ayam yang mama masak...

   memang hari ni hari paling banyak perot aku terima lemak. hahahaha :D
dengan cake ayah xhabis.. cake kakak2 foto-zzoom bagi lagi.. cream puff lagi.. nasi ayam lagi... chocolate my sis, idah bagi... hadoii :D alhamdulillah.. i'm too full..! :P

hari ni baru aku perasan yang aku ni sangat la tak care dengan orang sekeliling aku.. bila birthday aku suma bagi hadiahh.. time birthday dorang~ haram aku nak kasi..but dorang still akan bagi aku hadiah for the incoming year. ohh jahat nya aku :P

*ayah bagi cake
*mama bagi keronsang
*kakye bagi cake
*kakty bagi CUTE box
*ida bagi coklat
*ika bagi cekak cantik
*yuz bagi very cute doll
*kaknurin,kakdaya bagi cake and satay
*other friends and family bagi wishes and doa :)

YA ALLAH...
Kau limpahkanlah rahmat kepada hamba-hamba -Mu yang amat menyayangiku..
Kau berkatilah hidup mereka..
Permudahkanlah urusan mereka...
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka Ya ALLAH..
oleh itu..aku bermohon kepada-Mu..
Kau berikan lah mereka kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat..

*sayasayangandasemua :-*

Sunday, January 22, 2012

please forgive me, ya ALLAH :'(

bismilahirrahmanirahim...
astagfirullahal'azim...
ya ALLAH..ampunkan lah hamba-Mu ini..
sesungguhnya hamba khilaf dan terleka dengan dunia yang sementara ini..
Kau dekat kan lah hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu dan Islam yang SEBENAR, ya ALLAH..
KAU terima lah amalku dan kabulkan lah permintaanku...
amin ya rabbal alamin..

kenapa? kenapa intro macam tu? aku rasa sedih dengan diri aku.. 
aku sangat berharap dan sering berdoa agar aku dapat jadi seorang wanita SOLEHAH yang dikasihi 
ALLAH SWT on one day onwards.. 
sejuk hati aku tengok perempuan pakai jubah hitam labuh dengan tudung labuh..
dorang sangat lawa..aku harap i will be sebahagian daripada dorang yang
sangat menyejukkan mata memandang sebelum aku dipanggil menghadap penciptaku..
aku rasa hape tahh bila terbaca blog ni..
maybe aku TERASA gila.. 
sbb aku telah menjadi wanita yg disebutkan..
dlm note yg pertama pulak tu dah kene sound..
aku sangat menyedihkan..

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden.
Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!
Nauzubillah.
Sumber:
Penpatah Dot Blogspot Dot Com 
however, 
thank you ALLAH..
cause YOU lighted my eyes..
and causing my finger to click on this blog..
and i've learnt something many useful things...
please bless me ya ALLAH...
I NEED YOU IN MY LIFE.. !