Welcome to My Blog.. :)

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENYAYANG.

p/s: aku tak alim macam address blog, ia hanya sebagai ingatan kepada diriku terhadap-Nya..

the words

Sometimes life doesn’t give you something you want, not because you don’t deserve it, but because you deserve more.

Sunday, January 29, 2012

BEST EVER DAY..! thank you Allah and all of you :)

   28 january 2012.. HAHA :D tak sangka seBEST gini :P
hari bermula dengan ber-skyping dengan best friends ku - ana and ain :P
buat group kat skype ingat kan boleh wat video call ramai2 en.. but then baru tahu kat group boleh call je?? hek elehh~ xsyok la cam tu..

   on skype webcam dengan ana, ain and kak ty..huhuhu gilir2.. kakty bagi present yang dia nyorok kan bawah katil.. aku semangat pegi cari bila dia send msg kat skype
"hadiah ada dlm bilik bwh katil".. huhu hebat. aku tgk plastik besau, ingat kan beg, heran gak aku ape ke hal pulak kakak kesayangan aku nk bagi beg en.. bukan aku nk gi sekolah lagi dah.. then dah pasang2 benda alah tu,, rupanya Hexagon Box.. chantekk :P its look like a VERY NICE tong sampah. hahahahha

   balik je keje on 27hb tu teros on9 then masak kek coklat kukus yang YUMMY- kata ain la~~ sampai kul 1.30am baru tido.. haha hebat mata aku ni. alhamdulillah :P

   pagi 28 january 2012.. bangun je then siap2 dah nk gi keje aku tayang kat my dearest mama box yang kakty bagi. tak tahu nape aku suka pelok box tu. sbb besar. hahaha then mama pon bagi keronsang.. huhu baik betol. ngee~~

   then gi kje cam biasa but most of the day kat tempat keje muka aku masam je sebab dan2 sakit perot lak. heehe.
   yang syok nyee.. time balik tu aku dah siap2 dah packing bekas makanan and dah pakai jacket nak balek lah en sebab dah kul 9pm.. tetiba kak nurin and kak dayah keluar dari bilik nyanyi lagu "happy birthday" sambil pegang kek yang siap ada lilin lagi tu ! special betol :P hahahaha belanja makan satay yang mahal nak mampus pulak tu.. YA ALLAH memang tak terkata aku. segan pulak di-treat like a special one hehheheh :P MALU
  then makan tak habis kene bawa balek kek tu.. dah la aku order cream puff kat ayuz 50 ketol.! then balik rumah mama suruh potong cake ayah beli.. em em~ memang larat. then layan je la.. potong! hahaha makan nye tidak. time rezeki melimpah ruah ni pulak ayah pi beli cake saiz extra large than yang ayah selalu beli..
huuhhh~ =.='' penat nak abiskan ni


   then kak ye pulak balik dari klinik.. bagi beli 3 cake king. naseb baik beli yang slice. kalau tak...... memang aku xtau sape yang nak makan.. ehhehehe sedap.. cake ice-cream.. i like doo! then makan nasi ayam yang mama masak...

   memang hari ni hari paling banyak perot aku terima lemak. hahahaha :D
dengan cake ayah xhabis.. cake kakak2 foto-zzoom bagi lagi.. cream puff lagi.. nasi ayam lagi... chocolate my sis, idah bagi... hadoii :D alhamdulillah.. i'm too full..! :P

hari ni baru aku perasan yang aku ni sangat la tak care dengan orang sekeliling aku.. bila birthday aku suma bagi hadiahh.. time birthday dorang~ haram aku nak kasi..but dorang still akan bagi aku hadiah for the incoming year. ohh jahat nya aku :P

*ayah bagi cake
*mama bagi keronsang
*kakye bagi cake
*kakty bagi CUTE box
*ida bagi coklat
*ika bagi cekak cantik
*yuz bagi very cute doll
*kaknurin,kakdaya bagi cake and satay
*other friends and family bagi wishes and doa :)

YA ALLAH...
Kau limpahkanlah rahmat kepada hamba-hamba -Mu yang amat menyayangiku..
Kau berkatilah hidup mereka..
Permudahkanlah urusan mereka...
Sesungguhnya aku amat menyayangi mereka Ya ALLAH..
oleh itu..aku bermohon kepada-Mu..
Kau berikan lah mereka kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat..

*sayasayangandasemua :-*

Sunday, January 22, 2012

please forgive me, ya ALLAH :'(

bismilahirrahmanirahim...
astagfirullahal'azim...
ya ALLAH..ampunkan lah hamba-Mu ini..
sesungguhnya hamba khilaf dan terleka dengan dunia yang sementara ini..
Kau dekat kan lah hamba-Mu ini dengan hidayah-Mu dan Islam yang SEBENAR, ya ALLAH..
KAU terima lah amalku dan kabulkan lah permintaanku...
amin ya rabbal alamin..

kenapa? kenapa intro macam tu? aku rasa sedih dengan diri aku.. 
aku sangat berharap dan sering berdoa agar aku dapat jadi seorang wanita SOLEHAH yang dikasihi 
ALLAH SWT on one day onwards.. 
sejuk hati aku tengok perempuan pakai jubah hitam labuh dengan tudung labuh..
dorang sangat lawa..aku harap i will be sebahagian daripada dorang yang
sangat menyejukkan mata memandang sebelum aku dipanggil menghadap penciptaku..
aku rasa hape tahh bila terbaca blog ni..
maybe aku TERASA gila.. 
sbb aku telah menjadi wanita yg disebutkan..
dlm note yg pertama pulak tu dah kene sound..
aku sangat menyedihkan..

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.
Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?
1. Membuka Bahagian Tangan
Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).
“Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang.”Begitu bisikan syaitan. Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.
Maka syaitan berbisik, “Hah,tak apa-apa kan?”
2. Membuka Leher dan Dada
Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.
“Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka.”
Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk “V”.
3. Berpakaian tapi Telanjang
Syaitan berbisik lagi, “Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang.”
Maka tergodalah si wanita. “Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin,” begitu syaitan menokok-nambah.
Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tapi telanjang).
4. Agak Terbuka Sedikit
Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.
“Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa.”
Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan.
5. Tudung Semakin Kecil
Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih “power”. Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. “Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung.”
6. Terdedah
Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi.
“Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan.”
Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya.
7. Membuka Seluruh
Syaitan kembali berbisik, “Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut”
Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya. Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah. Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?
Namun bisikan syaitan menyahut, “Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden.
Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini.”
“Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?” hati si wanita curiga.
“Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?” syaitan menghasut.
Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan. Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.
Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan!
Nauzubillah.
Sumber:
Penpatah Dot Blogspot Dot Com 
however, 
thank you ALLAH..
cause YOU lighted my eyes..
and causing my finger to click on this blog..
and i've learnt something many useful things...
please bless me ya ALLAH...
I NEED YOU IN MY LIFE.. !

Sunday, January 15, 2012

apart from you


now, tak tahu mcm mana nak describe perasaan aku.
aku ingat lagi lepas abis spm, paper bio.. mmg best. 
adegan baling tepung between classmates memang terbaik lah..budak lelaki kalu dah start baling tepung memang tak ingat dunia lah en.. memang meriah. mcm selalu, dlm class 5science1 WAJIB meriah. hahha
aku rindu dorang, serious doo..
dorang itu ialah :



ain, ana, needa, alin, jann, osh, hakim, fadhil, yazid, syafiq, fitt, zaireen,
anis, syafiqah, syai, aida, mh, ummi, zu, nabil, zarif, azam, moja

rindu nak belajar dlm class yang bising but full of fun tu..
rindu nak dengar osh, hakim, yazid, syafiq wat lawak tahap tertonggeng..
rindu nak bagi buku kat ain untuk dia copy.. hehe
rindu nak tengok budak2 class khusyuk gila time nak exam tapi sambil tu masih ada yang wat lawak xbodo nak hilang kan tension..
rindu nak jawab soalan yang tak terjawab bila ain tanya..
rindu nak tgk hakim bukak 'laptop' dia depan aku.. :D
rindu nak dgr ain nyanyi lagu yg lari gila pitching dia..
rindu nak bergossip lah konon nya dgn cikgu fatimah..
rindu nak tgk muka pn siow yang comel and muka dia yg frust dgn markah exam class aku..
rindu nak borak2 dgn ain, ana, neda time perhimpunan..
rindu nak makan nasi lemak free ain..
rindu nak tgk fadhil ngap sume makanan yang ada..
rindu nak sedekahkan kek coklat kat budak2 class..
rindu nak dgr and share gossip2 terkini.. hahaha
rindu nak gelak bila budak laki bahan orang :)
rindu SIKIT la nak tulis karangan mantop lengkap dgn peribahasa KHAS untuk en hisham..

haiihh..byk sangat yang aku rindu sebenarnya,,tapi hadoii tengok lah. sampai lupa dah apa benda.. 
sbb banyak sgt..kan dah xtertulis..hahaha lantak lah yang penting 
MEMANG aku RINDU tahap teragung dah kat classmates yang terbaek dari ladang ni :')
oii korang. aku SAYANG korang :'(
jgn lupa kan aku ehh *try utk tetap senyum

Friday, January 13, 2012

all in one

semua dalam satu. yeahh. itu lah yg aku rasa kan sekarang.
   firstly, pasal kerja. cepat lah habis bulan 3.. aku nk berhenti kerja. tu la nama nye budak ngengada.. dulu bila giant xcall2 bukan lagi jd mcm org gila. now bila ayuz dah ajak join her kat kedai gambar.. rasa nk berhenti cepat pulak.. biasalah.. bukan ape en. aku rasa malu keje situ..dulu aku penah benci dlm hati tgk pompuan yg kluar pakai tudung lengan pendek. now aku jd one of them. dgn saiz baju kje yg muat2 badan je..haihh..mmg la penuh nanti akaun bank aku dgn duit..tp akaun dosa aku pulak yg menggunung.. fine. stop pasal keje. TENSION
   2ndly,result spm. seriously aku xmcm org lain yg risau sgt ttg result. bukan nye aku bajet kputusan akan MANTOP, tk ah.. cuma tah la. xde ms nk risau.. ngee~ :)
   3rdly, nk isi borg upu satu lagi hal. mmg mcm hape tah bende tu. mmg buat aku pening. before ni ramai kwn aku puji aku pndai tp biaq sini aku nk tanya sikit.. apa BAGUS sgt jadi pandai kalu TAK ADA CITA-CITA? itulah benda yg paling spoil bg diri aku. huhh =.='' nanti otak aku dah bertenang aku smbung balek eh isi borang upu tu.. hehehhe okay till here dulu yee.. dah ngantok tahap hape ni. esok kene keje.. hurm..

Wednesday, January 11, 2012

Assalamualaikum :)

yeahh.. itu lah tajuk pertama..
memberi salam terlebih dahulu utk mendapat keberkatan
dalam menulis blog.. hehehe :)
zaman sudah berabad, tapi aku baru nk ADA blog,
nampak sgt ketinggalan zaman..hehe tapi actually dah lama aku
BERANGAN nak tulis blog..
byk sbb nya..
antaranya :
  1. aku suka baca blog org, then tgk mcm best je en :)
  2. aku nak kongsi benda yg berguna dgn org lain jugak :)
  3. what had happened yg best harus ditulis so that aku tak lupa kenangan tu ;)
ohh sikit rupa nya sbb nak ada blog. hahha sengal.
whatever pon,,
WELCOME to myself
to my OWN BLOG..
cehh~ bangga gila ada blog..
semoga segala yang baik dapat dikongsi bersama :)
...amin...