Welcome to My Blog.. :)

DENGAN NAMA ALLAH, YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENYAYANG.

p/s: aku tak alim macam address blog, ia hanya sebagai ingatan kepada diriku terhadap-Nya..

the words

Sometimes life doesn’t give you something you want, not because you don’t deserve it, but because you deserve more.

Saturday, April 28, 2012

the last meeting. KOT?

Hari Anugerah Kualiti 2012


The Beautiful Girls :')


I am sure I will always miss you guys :'(


1. Pencapaian Cemerlang SPM 2011
2. Penghormatan Pengetua (Akademik)
3. Penghormatan Sahabat : Nor Ain Hanafi ( thanks,friend..! )

Friday, April 27, 2012

kamu comel lahh :)

Hey. guys !
baru aku tahu najwa latiff ni secomel ni :)
suka pulak kat Najwa ni..



awesome :P



Comel Comel Comel 
:)

Wednesday, April 25, 2012

Bersyukur lah :')

okay.
firstly, kene padam about me tu
yang aku tulis dgn harapan tinggi supaya
aku diterima di KM selangor.
mmg putus harapan aku bila check pukul 12.50am tadi..
Perak??
kenapa Perak?
padahal aku pilih Selangor, Melaka, Negeri Sembilan.
then semua orang batch aku pakat dok update status kat mana dorang dapat
emm..perlahan je aku hembus nafas
ramai classmate aku dapat kat perak
setakat ni yg aku tahu sorang je classmate aku dapat kat selangor
Untung lah derrr~
seriously aku jealous.
WHY??
emm, no one knows except Allah s.w.t
Well, chill up mun.
bukan penting sangat pon weyhh.
tempat belajar je pon..
mane yg kau tak nak hadap tu, kau ignore je
bukan susah kann??
HOPE so.
setelah bertenang..
Alhamdulillah aku dapat kat Perak.
tak jauh mana pon mun..
cuba kalau ko check then dapat kat tempat yg lagi haremmm kau nak gi?
macam Perlis?
Johor?
Kelantan?
Terengganu?
lagi kau nangis tak berlagu nanti.

Thank You, Allah s.w.t
 :'(

adakah aku ini ...?

I am such a burdensome right?
:'(
Maaf..
mama..
ayah..
kawan-kawan..

Monday, April 23, 2012

KeMaTiaN YaNg PaSTi

1. Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar. Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


2. Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian

Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


3. Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan.


4. Tanda 3 hari

Pada masa ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat diketahui / difahami maka berpuasalah kita setelah itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan turun, dan ini dapat diketahui jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


5. Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.


6. Tanda akhir

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

HEBAT... Hey !

aduhhh.. kelakar ah :)
kawan, kawan..
aku tahu niat kau baik,
Tapi
kau tak rasa salah pilih orang ke?
in a nutshell,
Sabtu itu,
aku klasifikasi kan sebagai
HEBAT Hey ! HEBAT Hey !
sebab itu je yang aku dengar.
Kalau kau cakap awal2 kan senang,
tak de la membazir minyak kereta kau,
tak de la membazir tenaga abang kau bawa kereta,
tak de la sakit pinggang aku selama 5 jam kat situ,
Well, don't worry..
coz u always be my friend :)
nasib lah, kau tak penah catat record yang buruk dalam hidup aku before ni..
Kalau tak,,,
HUH. Dah kena Hadap muka aku yang tahap bengis..

Friday, April 20, 2012

Autobiografi

Apa salah aku?
Aku tahu dah aku buruk.
tapi kau tak ingat ke?
masa kau dapat duit dari tempat keje ayah kau
as a reward kau cemerlang UPSR
kau datang kat kedai tuan aku kan?
kau sanggup beli aku dengan RM400
mahal tu !
sebab aku baru released on that time..

tapi sekarang..
kau banding2 kan aku dengan Si Bedebah tu !
kau lupa kan aku !
aku tahu lah aku tak se-smart Dia tu..
aku tahu lah aku tak se-hot Dia tu..
aku tahu lah aku tak byk button kat badan mcm Dia tu..

tapi aku tak kurang hebat jugak kan?
Nak bukti???

Nampak? aku kurus berbanding Si Lebar tu  !

Nampak? aku ada camera jugak ! *walaupun tak boleh zoom
Nampak? aku boleh connect internet jugak lah ! *WiFi je takde

emmm..
touching ar macam ni..
lebih2 lagi bila kau suruh aku posing dengan Dia?
Yaww..
kau tahu tak aku rasa down gila time tu..
Kecik hati aku kau tahu tak?
nampak sangat kekurangan aku dari segi fizikal
bila kau suruh aku posing betol2 sebelah Dia..

Emm.. ye lahhh.. Kau terus kan lah compare2 kan aku dengan Si  Badan Lebar tu !
tapi tak apa.
kau jangan risau
aku tahu bahawa memang hakikat
Setiap yang Hadir pasti akan Pergi jua..
aku gembira sebab kau sentiasa hargai aku
setelah aku berkhidmat selama 6tahun dengan kau
walaupun dalam 6 tahun tu
aku banyak kali sakit kan hati kau
sending failed lahh
bila kau dah tulis panjang2 aku tetiba matikan diri pulak
perut bateri aku kembung lahh
bila orang call, aku tiba2 tak kua kan suara pulak
mungkin aku sudah tua..

aku maaf kan kau wahai Tuanku yang setia !
sebab
Dia salah seorang ahli family aku jugak : Nokia
Harga diri Pengganti aku tu lagi rendah dari aku
Si Dia tu pon sama mcm aku tak ada front camera !
haha. at least ada persamaan jugak !
Jangan Lupakan Aku yee :)

HAHAHHAHAHAHHAHAHHA 
: D

Monday, April 16, 2012

reminder



Wahai GADIS, apabila KAMU BERKAWAN dengan INSAN bergelar LELAKI, Ingatlah! Ada dua pilihan yang terbentang, iaitu:



Pertama ~> Kamu menjadi seperti kelapa. Mudah diperoleh, diparut, diperah, diambil santannya. Selepas itu? Hampasnya di buang.



Kedua ~> Kamu menjadi seperti mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi. Dilindungi kulit. Bukan senang dilihat, apatah lagi mendapatkannya. Hanya orang terpilih yang bertuah dapat memilikinya.



*copy and paste :)

JODOH - USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"





Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ianya masih hidup.


Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....


Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL..!!








* copy and paste :)

Saturday, April 14, 2012

gathering with Sifu !

nak cerita nih hehe
hari ni kan ada reunion budak2 dapat A in addmaths dgn Puan Siow
aku pon dgn bersemangat BERTEKAD to be punctual
almaklumlah...aku ni.. hadoii :P

pagi ni aku bangun kul 9.30am
then terus gi mandi,
adik2 aku perghhh semua tengah sedap tido
jeles tol aku kikikiki

dalam kul 10.10am aku dah siap dah
then aku gi lah kat almari depan
aku tengokkkk
haiihhhh hangin aku
kunci motor tarakkkkk????
okay. chill cooolll
padahal kepala aku dah berasap dah tuu

aku selongkar satu rumah,
bawah kerusi, kusyen semua aku tonggang terbalik kann
mmg dah berpeluh2 dah badan aku yang baru 5 minit tadi wangi *lah sangat

tetiba aku teringat
EHHH..! kan ade kunci spare yang Ayah selalu pakai?
haha. aku pon selonggkar lah
yeahhh! got it. SYUKUR !
then sepantas kilat gi kat moto
kunci motor tu betol
TAPI
*dan dan waktu aku nak cepat lah lahh ade tapi2 pulak =__=
aku lupa Ayah dah tukar lock kunci depan kat tayar moto tu
haihhh SERAMBUT lah derrr

aku lari lagii, naik balik rumah
kali ni dah takda sopan dahh
memang angin puting beliung nak melanda rumah aku
semua frame kat almari depan tu dah tertonggeng-tonggeng
haha. lantak lah, yang penting, aku nak cepat !
aku call Mama
"Ma, mana kunci motor???"
"Ada lahh atas almari depan tuhhh.."
errr.. menyirap.
call Kakyee pulak
dushhh tak dapat
mana tahu dia terbawa kunci motor aku kat tempat kerja dia?
make sense right?? boleh lar~
engaged -______-
aku tak kira!
call klinik dia pulak ahhh
"Kakyee?ko amik kunci moto aku ke?" *dah menyirap nih!
:ohhh, ada kat ayah, ayah pengang."

zapppp! kejar Ayah pulak..
Ayah tadi tengah mesin rumput
tapi now kat mana pulak?
puas aku tawaf satu rumah aku..
then aku pon pergi kat bukit belakang
Ayah! Ayah!
okay, aku sopan sangat.
bunyi mesin rumput ni memang HEBAT lahhhh! err

AKHIRNYA !!
dapat jugak,
then broom brrooommm..
Sampaii :)

yeahhh, aku berjaya sampai before pukul 11 am
ajaib. haha. Ana sampai sama dengan aku. 
Cun.

then, si Ain ni boleh lak tergedek2 lambat
haha. aku lagi awal dari ain seyyhh
bangga.

Makannnnnn!
perghhh memang kenyang, naik senak perot aku makan sekali gus macam tuh
alhamdulillahh, habis jugak walaupun tak selicin selalu

thanks a lot Teacher :)


Thursday, April 12, 2012

wee weee weee :)

firstly, what u need to do is,
ignore the teeettt title,
tak ada kena-mengena pon okaayyy!

dah lama gila tak update apa2 kat sini
fuhh ini semua sebab kan kakak aku yang sangat lahh,,, haihhh MALAS nak cakap =__=
dia tak bagi aku on9 malam2.. alasan?
laptop dia nanti panas,
FINE. aku sedar,, this laptop is yours!
on9 sampai pukul 12am je? kadang2 kul 10.30pm je?
that's totally not me ! geram nya aku.

tengokk? marah punya pasal,, ape aku nak tulis pon aku tak tahu.
okay2 pikir balik, slow2..

hah! berhenti kerja.
okay aku kan dah jadi penganggur ni :)
pergghh mula2 nikmat seyh bangun lambat
but noww bosan tahap BOOOMMMMM..!
haha.
duit dalam bank pon tak berapa meletop,,
rupa nya boros jugak aku nih =______=  hihihi

hah! pasal tempat keje jugak,
hari selasa hari tu, aku and mama pergi lah tempat keje aku
nak beli album yang sangat cantik dan berpatutan harganya
nampak lori FZZ parking kat depan kedai,
adussshhh! ni mesti ade Abang Botak,
adoii malu lahhh :P
then masuk..
haihh?
siapa tukang hantar barang stock ni?
dua2 tu aku tak kenal pon.
then tanya2 Kak Ida,,,
oooo Abang Sham..
haha. agak nak gelak..
Orang pangkat tinggi kena hantar stock?
dah tak ramai pekerja lettuuuwww..
kikikiki :P

next, puan siow :)
puan siow cikgu addmaths,
merangkap teacher yang aku sangat sayang and paling comel
nak belanja makan :P
kan dia dah promise dah belanja anak murid dia yg berjaya dapat
A in SPM for addmaths,
never care lah what kind of A it is,
A- ke A ke A+ keee
janji A :)
yeayyy, sabtu ni yeee, KFC :)

kak Nurin :(
sedih pulak aku..
aku dah agak dah ada yang tak kena dgn kak Nurin nih
lately dia banyak kali msg aku,
tapi lepas 2 3 kali reply mesti dia tetiba tak reply
semalam aku call dia
dia tak cakap apa2 pon yang dia ade masalah ke,
tapi sbb kan aku dengar suara dia yang tak seHAPPY selalu aku msg dia
aku dapat rasa kan dia sedih
ehm! memang pon!
last2 dia cerita jugak..
kesian kak Nurin
tapi, aku hanya mampu mendengar and beri nasihat yang bagi aku simple je
sebab aku memang tak tahu nak bagi orang yang tengah sedih, happy balik
hadoii, aku nii... memang lahhh
bab ni tak terrell langsung!

Ya Allah, Kau ampunilah dosa hamba2-Mu ini,
Kau berilah kami kekuatan
untuk kami hadapi segala dugaan yang Kau berikan,
Aminn.. ;(