Assalamualaikum and Hi everyone ! *gaya macam ramai follower*
dah lama gila. lama gila. gila lama. tak update.
hari ini, dengan rasa bertanggungjawabnya aku nak menulis kembali.
ini semua sebab teringat yang budak2 PASUM sesi 2014/2015 dah menjejakkan diri ke dunia asasi UM.
mereka akan menjejakkan langkah seperti langkah2 aku sebelum ni. *cehh poyo!!*
Okay, back to the main point yang aku nak sampaikan dalam entry kali ni.
It is about MUET.
MUET is a test, No. It is an examination kauuu. Senang cite, korang kena amik MUET untuk further degree. as korang sekarang tengah amik foundation kan? so of course korang akan further degree. It is a MUST.
MUET ni akan dibahagikan kepada 4 elements. gittewww diaaa. Writing, Speaking, Reading and Listening.
bagi aku yang hidup biasa2, cakap pun style Pure Melayu ni, agak ketaq bila bab Speaking. Nanti tiba waktu korang amik MUET korang rasakanlah sendiri. Mungkin confidence level aku tak cukup power kot? yeaayaaa, betullah tu.
okay, aku tak nak cite banyak. *walaupun hakikatnya dah panjang berjela*
Nanti, korang buatlah sehabis baik. Dan aku nak ingatkan. Nanti bila dah dapat result. Please, perkara pertama yang ko perlu buat adalah BERSYUKUR!
okay, it is basically...hmmm you must decide first what course you gonna or wish to further in degree. DAN, which University you would like to study. korang kene decide! kena decide!
Nanti, korang saksikanlah, majoriti akan ramai dapat Band 3 tapi nanti korang akan dapat pulak berita ramai kelompok2 Band 3 ni sebok2 nak repeat MUET nak dapatkan Band 4. okay, it's up to you guys lah.
BAGI AKU, TAK PERLU. KALAU korang dapat further degree kat UM, dan korang adalah Band 4-ers,, korang akan tahu azabnya. Andai kata, ko dapat Band 3 asalnya, English ko sebenarnya biasa2 je, kengkadang rasa menyampah pun ada dengan English nih. pastu ko pun sebok2 nak repeat and Alhamdulillah ko berjaya dapat Band 4 pujaan hati ko tu, DAN ko dapat pulak masuk UM. perghhh mmg dah hebat dah ko ni. Sampai level degree, ko kena Amik 6 credit hours for English subjek. rasakan. Untuk Band 3-ers dan ke bawah, korang kena amik class Speaking and Writing. masing2 3 credit hours : class selama 3 jam seminggu dan korang kena amik dalam masa 14 minggu. untuk Band 4-ers dan ke atas, korang kena amik Presentation and Critical reading.
SO....APA MASALAHNYA?? AMIK JE LAHHH!
okay, untuk orang tiptop English macam korang, it is not even a problem. Tapi bagi aku, ia masalah. Kerana start kemasukan sesi 2013/2014, subjek English ni tengah dimasukkan dalam CGPA. means, ia boleh drag korang punya pointer ke atas ataupun ke bawah. Hebatkan? *NOOOOO, I HATE IT!*
kenapa aku benci sangat ni? hoii, aku suka bersebab, benci pun wajib lah bersebab. Subjek ni takkan jadi masalah kalau korang follow lecturer, apa dia nak, ko ikut je, kena buat portfolio, korang buat je, In Shaa Allah, okay je.
TAPI yang menjadi masalahnya, bila korang tak dapat lecturer dapat membantu korang untuk score subjek ni. aku, yang tak berapa bertuah ni, masa sem 1 dapat lecturer muda, dia okay, baik, terangkan 1 persatu apa nak buat,,tapi walaupun dia baik, dia terlampau mengikut skema pemberian markah. MAKA, average markah students class dia dapat untuk Speaking test adalah B- dan C. *okay korang dah maklum aku Band berapa* soo, korang bayangkan lah, itu baru test, belum final. Gila. Hancus. okay, itu masalah aku.
Mari kita teruskan pula kepada si Band 4-ers pulak. Most of them boleh speaking well. Malangnya, Untuk presentation and critical reading,,,,,hmm mmg critical lah. korang memang kena tiptop. ramai kawan aku yang Band 4-ers ni kata menyesal nak sangat Band 4, padahal ia macam tak adil, dorang punya standard pembelajaran a bit higher than the Band 3-ers ni. Tapi both masuk dalam CGPA.
Aiiishhh, agak2 sampai ke tak eh message yang aku cuba sampaikan kat korang ni??
Aku bukan nak menghasut korang supaya jangan dapat Band 4.
Aku cuma nak nasihatkan, kalau korang rasa2 masa amik Muet tu pun korang rasa payah, so janganlah mengharapkan nak dapat Band 4, korang akan rasa terbeban masa Degree kat UM nanti.
dan yang paling penting, kalau korang dah dapat result Muet nanti, diam2 dah le, tak yah bangga dengan Band tu..tak bawak korang ke mana pun sebenarnya..aku cerita atas pengalaman aku sendiri..
well, budak PASUM kan hebat2 belaka..aku biasa je..aku sentap masa tu sbb aku dapat Band 2 sebenarnya,,lagi berapa point nak ke Band 3..pastu aku repeat alhamdulillah dapat Band 3 yang bukan cukup2 makan.
aku dengar perbualan antara 2 kawan aku. aku sentap. aku sentap.
A: weyhh, ko dapat band berapa MUET?
B: alaaa,,biasa2 je..tak hebat manapun..
A: yelahh, biasa2 tu berapa.. 3 ke 4 ke 5 ke..?
B: alaa, x yah la tahu,, aku ni ATAS PAGAR JE kut..
A: cepat la,, ko bagi tahu ko punya, nanti aku bagi tahu aku punya
B: ye laa..aku dapat Band 4 je, ko?
A: hebat gila, aku Band 3 je.
aku SENTAP korang tahu tak! kau Band 4 dan ko kata Kau ATAS PAGAR???
habis aku, yang time tu Band 2 tu apa?? bawah pagar?? lumut????
serius sentap. korang pleaselah nanti behave okay,
jangan kecilkan hati orang lain, dengan sengaja ataupun tak, please..
senang cerita, bila result keluar nanti, baca Bismillah dulu,
kalau BAnd 2, sebaiknya pergilah repeat dan buat yang terbaik...
kalau Band 3, bersyukur...kalau rasa nak sangat band 4,,go on,,repeat.. *btw it is just a band, I tell you!*
kalau Band 4, bersyukur.. kalau rasa nak repeat, meh datang jumpa aku, aku kasi penyepak sikit!!
kesimpulan: BERSYUKURlahhhh rakan-rakanku sekalian :)
Wassalam..